Semakan senarai nama peserta dan penempatan Program Latihan Khidmat Negara PLKN terkini yang terpilih secara Online dan SMS.Anda boleh klik link dibawak untuk pemeriksaan secara online atau melalui sms seperti tertera dibawah.
Semakan senarai nama peserta PLKN terkini secara online
Semakan penempatan peserta PLKN terkini secara online
Semakan melalui SMS
Taip: PLKN SEMAK
*Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20
Semakan penempatan melalui SMS
Taip: PLKN KEM
*Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20
Jumlah elaun yang layak diterima oleh setiap pelatih PLKN adalah RM450 dengan syarat pelatih berjaya menamatkan latihan selama tempoh yang ditetapkan.
Elaun pelatih PLKN dibayar 3 kali (3 x RM150) berdasarkan tempoh yang ditetapkan; 2 kali ketika pelatih masih berada di kem dan 1 kali setelah pelatih tamat latihan. Bayaran dibuat melalui akaun pelatih dan pelatih hendaklah mempunyai akaun aktif bagi bank yang telah dilantik oleh JLKN. Bank yang telah dilantik adalah Bank Simpanan Nasional. Oleh itu, pelatih yang akan menjalani PLKN hendaklah memastikan mempunyai akaun BSN yang aktif.
Pelatih PLKN dikenakan penalti sebanyak RM5 sehari sekiranya tidak menghadiri latihan atas sebab-sebab berikut:
- Melapor Lewat Tanpa Kebenaran JLKN ;
- Pulang Awal kerana Penangguhan, Pembaharuan Penangguhan atau Pengecualian; dan /atau
- Tidak Hadir Tanpa Kebenaran/ Tidak Hadir Tanpa Cuti
Walaubagaimanapun, pelatih tidak akan dikenakan penalti sekiranya tidak hadir kerana:
- Cuti am (berdasarkan cuti am kem mengikut Negeri);
- Cuti Kelepasan Hujung Minggu ;
- Cuti Semester ;
- Cuti Khas / Kebajikan Pelatih ;
- Cuti Sakit ;
- Melapor Lewat dengan Kebenaran JLKN ; dan /atau
- Pulang Awal dengan Kebenaran JLKN
3 Ulasan
mantab... thnx for infonya gan...
BalasPadamsama2
PadamHaiiiii..Cakkk!!
BalasPadamdone follow sini no. 2517
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang.blogspot.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/