Ticker

6/recent/ticker-posts

Tawaran Pakej Komunikasi Belia(Rebate Smartphone RM200)




PEMBERITAHUAN
Mereka yang telah mendaftar tetapi masih belum menebus rebat tersebut masih boleh berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetapkan.
 

Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) telah habis dipohon oleh 1.5 juta belia yang layak memohon. Oleh yang demikian, pendaftaran untuk Rebat RM200 PKB ini ditutup.
Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut Rabu.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.- Bernama

 SKMM melalui notis yang dipaparkan melalui laman rasmi mereka, mengatakan mereka yang telah sedia mendaftar untuk Pakej Komunikasi Belia mempunyai masa sehingga 3 bulan untuk menebus rebat tersebut, sebelum ia tamat tempoh sah lakunya.
Sumber Rujukan: SKMM










  •     Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon;
  •     Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
  •     Model telefon pintar 3G yang ditawarkan (Terkini: Harga maksima Tiada Had);
  •     Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan
  •     Satu telefon hanya untuk satu belia;

Anda boleh melayari laman web berikut untuk pendaftara
Pendaftaran Pakej Komunikasi Belia


Catat Ulasan

2 Ulasan