Sinopsis Geng: Pengembaraan Bermula Upin Ipin
Jejak kaki yang ganjil dan suara-suara yang ngeri cumalah beberapa
daripada apa-apa yang menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh.
Terdapat cerita-cerita bahawa ada seekor makhluk ganas yang berkeliaran
di hutan pada waktu malam.
Tiada sesiapa yang berani untuk mencari benda tersebut, sehinggalah
Badrol dan Lim yang sedang bercuti di kampung ini, bertembung dengan
punca misteri itu sendiri. Sekarang terpulanglah kepada kedua-dua lelaki
tersebut bersama rakan-rakan baru mereka: Rajoo yang boleh
berkomunikasi dengan haiwan, Ros si jelita kammpung, serta adik-beradik
kembar Upin dan Ipin yang nakal, melangkah masuk ke dalam perjalanan
yang penuh aksi, kembara dan misteri.
0 Ulasan