Ticker

6/recent/ticker-posts

Meniaga Di IPT/IPTA


Biasanya kita sebagai mahasiswa memerlukan banyak duit untuk perbelanjaan  untuk membeli buku-buku rujukan, peralatan yang diperlukan, yuran aktiviti serta makan minum dan sebagainya memerlukan sejumlah peruntukan wang yang bukan sedikit, apatah lagi pada ketika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dinaikkan dan kos hidup yang semakin meningkat.

Kita pon sudah besar dan kena berdikari nak minta duit dengan ibu bapa malu rasa kena pulak keluarga yang berpendapatan sederhana.Masa kecik bolehlah kita minta apa-apa yang kita nak sebab masa tu tidak fikir apa-apa pon.

Pelajar perlu mencari idea untuk menambah pendapatan sampingan ketika di kampus. Selain tidak bergantung sepenuhnya dengan pinjaman, pendapatan sampingan ini mampu meringankan beban tanggungan ibu bapa pelajar itu sendiri.Rakan disebelah bilik nik meniaga barangan runcit seperti makanan dan minuman.Ada yang menjual makanan dari bilik ke bilik seperti nasi lemak bungkus,burger dan lain-lain.Sesetengah pelajar ada yang bekerja sampingan di kedai untuk mencari duit.


Nik dulu ada jual top-up selepas tu tidak mempunyai masa untuk dan sudah lama tinggal dan sekarang nik hanya update blog itupun masa dulu tinggal sampai x teringat nak bayar domain .Bila nak bayar ada orang beli domain JeritanBlog yang telah lima tahun nik gunakan dan telah bertukar ke belajarblogs .Nik setakat ini dapatlah duit sedikit dengan nuffnang,churpchurp dan 8 share .

Bagi yang mahir mengenai teknologi semestinya meniaga format ,bersihkan komputer dan yang lain berkaitan teknologi.Sekarang orang cari duit guna internet. Ada beratus malah mungkin beribu laman web tentang topik cari duit ni.Yang penting periksa dulu sebelum join jangan main masuk je.


Rakan nik pulak ada bawak rollerblade dari rumah dalam 30 pasang dan setiap petang dan malam menyewa kasut itu selama setengah jam dengan bayaran 5 ringgit.Memang ramai yang bermain termasuklah nik sendiri hi3.

Untuk berniaga yang penting jangan malu dan keberanian kena ada.Mengikut hadis Nabi S.A.W. 9/10 pintu rezeki datangnya dari berniaga.Ayat-ayat al-Quran juga banyak menyentuh mengenai perniagaan. Jelaslah bahawa berniaga adalah suatu pekerjaan yang digalakkan dalam Islam.

Catat Ulasan

2 Ulasan