MURID sebuah sekolah rendah di Kampung Gajah, Sumatera Utara membersihkan debu gunung berapi di sekolah mereka. |
Jakarta: Ribuan penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Sinabung mengalami masalah pernafasan akibat menyedut debu gunung berapi.
Gunung Sinabung meletup Sabtu lalu menyebabkan tujuh orang terbunuh.
Auslia Taswin, pengarah Institut Bantuan Guaman Untuk Kesihatan atau Awalindo berkata: “Keadaan kesihatan penduduk berikutan letupan Sinabung mencetuskan kebimbangan memandangkan udara di sekitar kawasan itu yang dicemari debu gunung berapi adalah berbahaya.”
Bercakap kepada wartawan di Medan semalam, Auslia berkata, malangnya, kesedaran mengenai kesihatan dalam kalangan penduduk di kawasan sekitar gunung itu masih rendah walaupun mereka mengalami masalah pernafasan dan selesema.
“Mereka menganggapnya perkara biasa. Mereka sepatutnya ke klinik jika batuk, sesak nafas atau menghidap penyakit lain,” kata Auslia.
Dia menggesa kerajaan menempatkan pasukan perubatan di kawasan itu dan tidak menyerahkan pengurusan kesihatan penduduk kepada klinik kecil.
“Jika mereka terus terdedah kepada debu itu, ia merosakkan peparu mereka,” katanya.
Institut Bantuan Guaman Untuk Sekolah menggesa pentadbiran daerah Karo, antara kawasan yang teruk terjejas supaya menutup sekolah yang masih diselimuti debu Sinabung.
Pengarah Eksekutifnya, Roder Nababan berkata, debu itu merebak ke bandar Berastagi dan perkampungan lain.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mei 2016 @ 6:36 AM
Gunung api yang meletus akan mengeluarkan pelbagai jenis debu serta gas dari dalam perut bumi. Gas dan debu ini tidak hanya berbahaya bagi laluan pengangkutan, tetapi juga kesihatan masyarakat yang tinggal di sekitar gunung meletus tersebut.
Masyarakat di sekitar gunung berapi sebaiknya segera berpindah untuk mengelakkan kesan yang lebih berbahaya lagi, tapi jika masih ingin bertahan sebaiknya gunakan selalu topeng muka untuk mengurangkan pendedahan kepada zarah debu.Bagi orang yang mengidap penyakit paru kronik, seperti bronkitis kronik, emfisema dan asma, sebaiknya segera mengambil langkah-langkah pencegahan khas untuk mengelakkan keadaan yang lebih parah yang boleh menyebabkan additional cardio-pulmonary stress (tekanan jantung-paru paru berlebih).
Oleh itu untuk mencegah kesan kesihatan yang lebih parah, masyarakat boleh melakukan beberapa perkara berikut ini, seperti:
1.Gunakanlah pakaian pelindung dan juga topeng debu, alat perlindungan ini sebaiknya mudah diakses oleh masyarakat khususnya semasa keadaan darurat.
2.Jika tidak dijumpai topeng, warga boleh menggunakan sapu tangan, kain atau baju untuk melindungi diri dari debu atau gas.
3. Seseorang yang mempunyai bronkitis, emfisema dan asma disyorkan untuk tetap tinggal di rumah atau berpindah ke kawasan lain untuk mengelakkan pendedahan kepada debu.
4. Jika ingin keluar rumah, sebaiknya gunakan topeng, pakaian pelindung dan juga cermin mata untuk mengelakkan iritasi.
6. Untuk anak-anak dan bayi sebaiknya dijauhkan dari pendedahan kepada debu kerana kanak-kanak dan bayi sangat terdedah berbanding orang dewasa. sebaiknya disediakan topeng khusus untuk anak-anak, serta tidak membiarkan anak bermain di luar untuk meminimumkan pendedahan.
Sumber : hmetro
1 Ulasan
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m
BalasPadam