Bahan yang perlu disediakan
½ biji santan kelapa
5 ulas Bawang putih
5 biji Bawang Merah
7 Lada kering
3 Biji Kentang
3 sudu besar Rempah kari Ayam/Daging
30 gram halia
½ ekor Ayam
100 gram
Rempah Ratus (Kayu Manis,Bunga lawan)
Cara-Cara Memasak Resepi Kari Ayam
1. Siapkan barang-barang kat atas tu dan basuh ayam bersih-bersih.
2. Sediakan kuali dan masukkan 100 gram minyak
3. Tumis bahan-bahan dlm pingan tu 2 ulas bawang putih,1 biji bawang merah ,30 gram halia.
3.Panaskan minyak dan letak rempah ratus bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
3. Pastu bila tumisan agak berbau masukkan rempah kari dan kacau kari tu bersama bahan-bahan di atas api.
4. Masukan lada kering yang telah di blender.
5.Masukan 4 biji bawang merah beserta 3 ulas bawang putih yang telah di blender.
6. Masukkan Ayam & gaul-gaulkan ayam dalam kari yang pekat dan biarkan ayam seketika selepas itu baru masukkan kentang dan biarkan mendidih
7. Masukkan santan dan boleh tambah air kalau nak lebih pekat selepas itu masukkan asam keping , gula dan garam biarkan memasak sampai mendidih dan naik minyak…
0 Ulasan