Dengan kemas kini musim 3, Activision memperkenalkan cara baru untuk log masuk ke permainan Call of Duty Mobile untuk save game progress dan data permainan. Terdahulu, pemain hanya mempunyai pilihan sama ada bermain permainan dalam guest mode atau menggunakan platform media sosial untuk masuk ke dalam permainan.
Kaedah masuk baru tersedia untuk kedua-dua pemain baru dan sedia ada. Pemain baru, seperti biasa, boleh log masuk ke dalam permainan dengan memilih pilihan akaun Call of Duty pada skrin log masuk, tetapi pemain sedia ada perlu terlebih dahulu memautkan akaun mereka.
Menariknya, Activision menawarkan Outrider-Artic skin percuma untuk menghubungkan permainan COD mereka dengan akaun COD.
Ingat bahawa anda memerlukan akaun Call of Duty untuk dihubungkan dengan permainan. Sekiranya anda belum membuat satu, pergi ke 'https://profile.callofduty.com/cod/register-email'.
1. Buka permainan pada telefon pintar anda dan gunakan kaedah biasa untuk log masuk..
2. Dari lobby screen, tap pada gear icon dan sekali lagi tap pada icon yang menunjukkan linked social media account dengan game pada hujung sebelah kanan.
3. Klik pada butang Call of Duty dan permainan akan mengalihkan pemain ke halaman log masuk akaun Call of Duty.
4. Masukkan akaun COD sedia ada dan click pada butang Login sekarang untuk memautkan akaun dengan permainan.
0 Ulasan