Kementerian Kewangan Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran program kredit ePenjana, sekaligus membolehkan rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun menerima kredit sebanyak RM50 melalui dompet digital.
Secara amnya, syarat ini terpakai untuk ketiga-tiga aplikasi eWallet ini, iaitu :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan kurang daripada RM100,000
Semua pemohon diminta untuk mengemaskini maklumat peribadi mereka di dalam aplikasi MySejahtera. Manakala cara-cara untuk menebus RM50 kredit ini perlu dirujuk kepada perkhidmatan eWallet masing-masing seperti Boost, GrabPay dan Touch n Go eWallet sahaja.
Peruntukan ini diberi kepada rakyat Malaysia kerana pihak Kerajaan ingin menggalakan lebih banyak penggunaan cashless berbanding cash seperti hari ni. Jadi lepas ni, anda hanya perlu membayar melalui handphone sahaja tanpa guna cash.
0 Ulasan