Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Tart Nenas Ringkas



 


Bahan-Bahan:

1 buku mentega(Salted)

2 cawan tepung gandum(anggran)

2 sudu tepung jagung

1 sudu gula icing

1 biji telur kuning

Esen Vanila

1 cawan susu tepung

Jem Nenas



Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk jem nenas:

Masak nenas yang telah diparut bersama gula.

Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.



Cara-cara untuk tart:

Masukkn tepung gandum dan juga tepung jagung seterusnya ayak (Bahan A)

Masukkn butter , gula dan  telur, Kacau sehingga sebati

Masukkn Esen Vanila. Kacau rata.

Masukkn susu tepung. Kacau sehingga sebati

Masukkan tepung(Bahan A) sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan seketika.

Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.

Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven atas dan bawah pada suhu 80 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.

Catat Ulasan

0 Ulasan