Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat

 Tarikh Tutup: 30 Jun 2021


SYARAT ASAS PERMOHONAN

  •  Warganegara Malaysia. Maklumat anda akan disemak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  •  Umur. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh Angkat Sumpah.
  •  Penglihatan
  • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
  • Tidak rabun warna
  •  Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
  •  Fizikal. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  •  Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
  •  Tiada Kesalahan Sivil dan Dadah - Tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah. Segala maklumat anda akan disemak dengan Mahkahmah dan AADK.


SYARAT FIZIKAL

 Tinggi:

  • Ukuran Tinggi Minima  Lelaki 1.62 m
  • Ukuran Tinggi Minima  Wanita 1.57 m

 Berat:

  • Berat Badan Minima  Lelaki 47.5 kg
  • Berat Badan Minima  Wanita 40.5 kg

 Indeks Jisim Badan (BMI) :

  • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 26.9

KELAYAKAN AKADEMIK

  •  SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  •  SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  •  SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  •  SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  •  DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
  •  Wajib - Subjek Bahasa Malaysia ATAU Sejarah Sijil (SPM/SVM) mesti lulus kedua-duanya. Sekiranya GAGAL salah satu Subjek (Bahasa Malaysia ATAU Sejarah) anda tidak LAYAK atau GAGAL secara automatik.

 Peringatan - Segala maklumat anda akan disemak dengan Jabatan Peperiksaan, segala maklumat yang tidak benar akan ditolak secara automatik.

untuk pedaftaran boleh pergi ke laman website 

http://mims.mod.gov.my/sppmtd/

Catat Ulasan

0 Ulasan