Zon waktu berganda adalah penting bagi mereka yang berurusan dengan orang di seluruh dunia sama ada kerana kerja atau sebab peribadi. Ia juga berguna apabila anda hanya ingin menyaksikan acara langsung yang berlaku di pelbagai kawasan di dunia dengan zon waktu yang berbeza.
Windows 10 membolehkan pengguna mengkonfigurasi tiga jam yang berbeza dengan tiga zon waktu yang berbeza. Inilah cara untuk melakukannya.
Langkah menambahkan beberapa jam dengan zon waktu yang berbeza di Windows 10
Buka Setting Windows 10 dari Start Menu
Klik pada Time & language
Selepas itu, klik pada Add clocks for different time Zones di sebelah kanan halaman di bawah Related setting
Klik Additional Clocks
Sekarang, klik pada kotak pilihan Enable Clock 1 dan Enable Clock 2 dan pilih zon waktu masing-masing yang ingin anda tetapkan untuk kedua-duanya.
Setelah selesai, tekan Apply dan Ok untuk menyimpan perubahan.
Sekarang anda boleh mengklik jam di bar untuk melihat jam yang telah anda telah setkan
0 Ulasan