Surah At Takaatsur adalah surah ke-102 dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 8 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyyah, diturunkan sesudah Surah Al-Kauthar. Dinamai At Takaatsur (bermegah-megahan) diambil dari perkataan At Takaatsur yan
g terdapat pada ayat pertama surat ini.
Isi Kandungan
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ
Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, (QS. 102:1)
حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ
Sampai kamu masuk ke dalam kubur. (QS. 102:2)
كَلا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu) (QS. 102:3)
ثُمَّ كَلا سَوْفَ تَعْلَمُونَ

dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. (QS. 102:4)
كَلا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ
Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, (QS. 102:5)
لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ
Niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahannam, (QS. 102:6)
ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ
Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ainul yakin, (QS. 102:7)
ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ
Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenimatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu). (QS. 102:8)

Surah ini jelas mengingatkan kita supaya jangan bermegah-megah. Bermegah-megah sebahagian dari sifat mazmumah yang tercela. Tetapi sukar sungguh untuk mengikis sifat ini dari hati manusia. Kadang-kadang sifat bermegah itu terlalu menonjol sehingga orang lain yang melihat perlakuan tersebut rasa menyampah dan meluat. Kadang-kadang yang di megahkan itu tak ada pun, perkara-perkara biasa saja.
Contohnya sekadar jenama pakaian sahaja…..tiruan pulak tu. Atau pun bermegah sebab pasukan bolasepak yang di sokongnya menang. Sedangkan dia tak dapat apa-apa pun.
Bermegah dengan pangkat, harta, kereta, rumah, keturunan, pakaian, kepandaian, kecantikan, bentuk badan, anak-anak, adalah perkara yang kerap berlaku diakalangan manusia termasuk yang beragama Islam.
Sikap bermegah ini datang kerana kurang ingat akan Allah. Kurang rasa bersyukur pada Allah. Lupa bahawa semua itu pemberian Allah swt. Allah boleh tarik balik bila masa sahaja. Lupa bahawa tindakan Allah di luar jangka, sehingga merasakan diri mereka hebat dan wajar bermegah-megah dengan apa yang ada.
Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau daripada sifat bangga diri dan menunjuk-menunjuk….amin.
0 Ulasan