Assalamualaikum kali ini saya menceritakan pengalaman berjalan ke kundasang dengan menaik kereta dari Bilik Sewa saya KKIP(Kota Kinabalu Industrial Park) memang agak lama nak sampai kesana dan perjalanan pon mencabar kerana jalanya tidak lurus. Setelah sampai disana apa yang kami cari dulu Bilik Sewa yang hanya 100 ringgit 1 hari dan berkongsi bersama rakan lelaki saya.Sebilik dua orang boleh duduk dan rakan perempuan duduk dibilik lain. Kami siap simpan barang terus ke destinasi pertama iaitu Desa Cattle Dairy Farm.
Selamat Datang Desa Cattle |
Desa Dairy Farm merupakan ladang ternakan ini yang terletak di kaki gunung Kinabalu , yang menawarkan pemandangan yang sangat cantik seperti berada di New Zealand. Cuaca di sini agak sejuk dan berkabus .Saya tertarik dengan lanskap ladang ternakan ini umpama senibina ladang ternakan di negara eropah dan berlatar belakangkan pemandangan gunung kinabalu.
Bermanja dengan kambing |
Bergambar bersama lembu |
Bayaran masuk & urusan lawatan
Dewasa : RM4.00
Kanak-kanak atau Pelajar : RM3.00
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah atau OKU: Percuma
Sesi fotografi : RM10
Ladang ternakan ini dibuka kepada pengunjung setiap hari bermula dari jam 8:00 pagi sehingga jam 5 petang dan terdapat masa-masa tertentu yang sesuai untuk melawat ladang ternakan ini.
Waktu Aktiviti Pemerahan Susu Lembu
3:00 petang - 5:00 petang
(Setiap Hari)
Waktu Aktiviti Memberi Makanan dan Susu pada Anak Lembu dan Anak Kambing
9:00 pagi - 4:00 petang
(Setiap Hari)
Waktu Aktiviti Pemprosesan Susu Lembu
10:30 pagi - 2:00 petang
(Hari Selasa, Khamis, Ahad)
Indahnya pemandangan |
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Desa Cattle
- Melihat bagaimana proses pemerahan susu.
- Melihat sendiri proses bagaimana susu segar dijalankan .
- Berjalan-jalan di sekitar ladang ternakan.
- Boleh memberi lembu dan kambing makan ( rumput dikenakan bayaran RM1 seikat rumput).
- Apa yang menarik anda boleh merasai sendiri susu yang masih segar yang dihasilkan pelbagai perisa dan semestinya kena beli.
- Di sini juga ada menjual makanan ringan seperti waffle, sosej & pop corn, dan boleh membeli cenderahati sebelum pulang.
6 Ulasan
menarik. sekali tgk cam kat new Zealand plak. hihi
BalasPadamermm betul2 best tempat pun nyaman je tgk ngan sejuk2 sikit hu3
Padamkat sini mcm new zealand kan. teringin nak pergi
BalasPadamInsyaAllah ada rezeki bolehlah pergi
Padamsaya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m
BalasPadamRindu nya dekat kundasang. Tak puas duduk sana semalam masa ke sana tahun lepas.
BalasPadam