Saya ingin berkongsi pengalaman bergi bercuti pulau di Sabah.Tempatnya memang menarik dan selain daripada pelancong dari luar ,warga Malysia pun ramai yang pergi ke pulau. Kami pergi menaiki kenderaan dari bilik sewa saya berdekatan dengan KKIP ( Kota Kinabalu Industrial Park).
Fook Yuen Café & Baker |
Jesellton Point |
Harga Tiket |
Setiap syarikat akan menawarkan harga yang berbeza. Oleh itu kenalah pandai-pandai pilih jika anda ingin jimatkan perbelanjaan anda.
Untuk Borneo Ferry Tours & Travel
Dewasa: RM23 (1 Pulau), RM33 (2 Pulau), RM43 (3 Pulau), RM53 (4 Pulau).
Kanak-kanak: RM18 (1 Pulau), RM26 (2 Pulau), RM3628 (3 Pulau), RM46 (4 Pulau)
Pulau-pulau yang korang boleh pilih - Manukan, Mamutik, Sapi, Sulug, Gaya, Water Village
Bayaran Terminal (Tidak termasuk dalam harga tiket)
Dewasa: RM7.63
Pelajar/Kanak-kanak: RM3.82
Biasanya mereka juga ada juga menyewa barang untuk snorkeling atau jaket keselamatan,Harga saya tidak pasti dalam lingkungan RM15.00 ke RM20.00.
Naik Bot |
Waktu perjalanan tidaklah lama dalam 10 hingga 20 minit sahaja dan destinasi pertama kami akan pergi adalah Pulau Manukan. Kami telah bincang dengan pemamdu bot mengenai masa dan pulau mana yang ingin pergi dengan kata sepakat seperti dibawah.
Pulau Manukan : 12:00 pm hingga 01.00 pm
Pulau Sapi : 01:30 pm hingga 02:30 pm
Apabila smapai di pintu masuk, anda dikhendaki membayar yuran konservasi (entrance fee) sebelum masuk ke kawasan pulau. Berikut merupakan harga yuran yang dikenakan:
Warganegara
RM 3.00 (18 Tahun dan Ke Atas),
RM1.00 (Bawah 18 Tahun dan Warga Tua),
50 Sen (Pelajar Bawah 16 Tahun)
Luar Negara
RM 10.00 (18 Tahun dan Ke Atas),
RM6.00 (18 Tahun Kebawah)
Pulau Manukan |
Persiapan sebelum menyelam |
Pulau Sapi |
Pulau Sapi pula sememangnya menjadi tarikan utama di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Kejernihan airnya seolah-olah tiada tandingan di situ.Pulau Sapi dianggap sebagai pulau terbaik di situ namun keluasannya yang terhad sudah tentu tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang ramai pada satu-satu masa.
Pada waktu siang di Pulau Sapi, aktiviti pantai seperti snorkeling menjadi tarikan utamanya. Kontur pantainya yang landai untuk aktiviti renang menambahkan kelebihannya sebagai salah sebuah lokasi pantai tercantik di rantau ini.
Begitupun, variasi kehidupan marinnya tidak 'semeriah' Pulau Manukan. Justeru, ramai pengunjung yang datang ke Pulau Sapi adalah untuk menikmati aktiviti yang lebih relaks seperti berjemur di tepian pantai dan menyaksikan keajaiban suasana ketika matahari terbenam.
Kesimpulanya ,tempat ini memang menarik dan saya akan datang lagi untuk pergi baki pulau yang tidak sempat untuk pergi.
2 Ulasan
rindunya nak revisit sabah.rindu makan best, snorkling & pemandangan indah!
BalasPadamermm InsyaAllah ada rezeki boleh pergi lagi :)
Padam