Raya nie Mak Abe Nik ada buat kuih raya banyak cuma saya tidak sempat untuk buat video. Yang sempat ambik video buat Popia Nestum dan jika ada masa lagi saya akan masukkan resepi masakan mak Abe Nik. Nak buat Popia Nestum ini mudah dan senang disediakan. Untuk lebih memahami bolehlah lihat video dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 bungkus kulit popia (190mm x 190mm)(50 keping)
3 cawan Nestum (Dikisar halus)
1 cawan susu tepung
1 cawan gula castor
2 sudu besar tepung gandum dicampur sedikit air (Sebagai pelekat)
Minyak masak (Untuk menggoreng)
Cara-cara membuatnya:
1. Gulung kulit popia dan tinggalkan sedikit hujung kulit popia untuk dilekatkan dengan bancuhan tepung gandum.
2. Kulit popia yang telah siap digulung, dipotong serong menggunakan gunting.
3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing, kacau rata supaya tidak ada yang hangus. Selepas siap memasak ,anda perlu angkat dan toskan.
4. Biarkan kulit popia yang telah siap digoreng sejuk seketika. Selepas itu gaulkan Nestum, susu tepung dan gula kastor sehingga rata dan campurkan bersama popia yang telah digoreng.
7 Ulasan
Bunyi tu cam senang abe nick. Tapiiii klu buat sndiri, hmmm. Jd ke dop
BalasPadamInsyaAllah boleh x susah hi3
Padamwah cam sedap popia nestum niey. :D
BalasPadamsedap rugi x cuba
PadamNice sharing. Saya memang minat popia ni. Hari tu buat popia susu. Heheh. Diari Mommy Muhaimin
BalasPadamsusu pon sedap jugak ....ada mak sedara saya buat milo ....memang tip toplah hi3
Padamsaya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m
BalasPadam