Raya nie Mak Abe Nik ada buat kuih raya banyak cuma saya tidak sempat untuk buat video. Yang sempat ambik video buat Popia Nestum dan jika ada masa lagi saya akan masukkan resepi masakan mak Abe Nik. Nak buat Popia Nestum ini mudah dan senang disediakan. Untuk lebih memahami bolehlah lihat video dibawah.


Popia Nestum 

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 bungkus kulit popia (190mm x 190mm)(50 keping)
3 cawan Nestum (Dikisar halus)
1 cawan susu tepung
1 cawan gula castor
2 sudu besar tepung gandum dicampur sedikit air (Sebagai pelekat)
Minyak masak (Untuk menggoreng)

Cara-cara membuatnya:

1. Gulung kulit popia dan tinggalkan sedikit hujung kulit popia untuk dilekatkan dengan bancuhan tepung gandum.

2. Kulit popia yang telah siap digulung, dipotong serong menggunakan gunting.

3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing, kacau rata supaya tidak ada yang hangus. Selepas siap memasak ,anda perlu angkat dan toskan.

4. Biarkan kulit popia yang telah siap digoreng sejuk seketika. Selepas itu gaulkan Nestum, susu tepung dan gula kastor sehingga rata dan campurkan bersama popia yang telah digoreng.