*Guna center point ketuk lepas tu guna mata drill jenis Stainless steel , guna mata kecik dulu dan baru guna mata besar


Assalamualaikum

Minggu lepas Abe Nik hantar ke bengkel untuk tukar upper arm adjustable yang dah rosak nasib baik Abe Nik x balik ke Kota Bahru sebab adik kat sana ada masalah untuk buka akaun bank kerana tidak cukup umur. Tukar upper arm yang biasa dan masa diorang nak bukak nat tayar abis 3 nat x boleh bukak satu tayar. Lepas tu diorang ketuk nat ada satu patah. Memang menangis rasa sebab dalam tu macam mana nak tarik keluar. Makan pon rasa x lalu sebab memikir masalah.

Nat tayar kereta yang lama punya
Nat yang dah rosak
Ellen Key pon dah x nampak bentuk "bulat comel"

Selepas itu , bengkel cadanglah pergi kedai untuk leburkan, Sebelum buat apa-apa Abe Nik bincang dengan Abah untuk buat apa-apa keputusan. Selepas tu Abah kata boleh buat sendiri dan Abe Nik tertanya jugak macam mna nak buat untuk bukak. Abah kata kalau lebur memang rosak rim tayar tu dan ketahanan rim pon tidak kuat macam dulu.

Nat tayar patah kat dalam dan yang merah tu Abe Nik dah tukar yg baru.

Ok Ape yang perlu buat Kalau nat yang panjang bolehlah guna alat WRENCHES STILLSON PIPE
Alat  wrenches  ini  digunakan  untuk kerja-kerja mengancing dan memusingkan paip.Jadi ini jugak boleh digunakan bagi nat yang panjang . Abah Abe Nik boleh bukak 2 Nat tayar dan cuma tingal yang patah sahaja.Kalau JEnis nat yang penbting memang tidak boleh guna alat kat atas nie dan boleh guna alat dibawah ini.


Bagi yang patah Abah Abe Nik mengunakan Drill untuk tebuk lubang ditengah .Pilih mata yang agak2 nak sama saiz dengan skru tayar.Tebuk lubang sampai kedalam (sebolehnya agak supaya melepasi rim sikit ).Bila sudah drill akan ada lubang ditengah dan skru itu jangan risau boleh tukar dengan yang baru di kedai. Selepas itu cungkil dengan Screw Driver dan sudah berjaya dikeluarkan.


Guna drill tebuk di lubang tengah skru

Akhirnya dapat jugak bukak dan hantar ke bengkel untuk tukar skru

ABAH adalah Heroku hi3. Selepas tu memang agak hilang sikit warna tu dan beli spray yang sama warna denganya dan spray pada bahagian dalam supaya nampak comel sikit.dan hantar ke bengkel supaya tukar dengan skru lain. Sekurangya jimat dah duit kat situ dan beli melabur untuk buat benda lain hu3.

Pesanan dari Abe Nik :

Nat jenis "Ellen Keys" memang tersiksa sebolehnya tukar apabila nampak macam nak loose kalau anda sayang rim kesayangan anda hu3 tapi kalau guna nat biasa  susah nak loose , kalau ada pon senang ketuk dengan pahat dan mudah nak bukak.