Kereta saya sudah lama tersidai di bengkel ayah sedara saya dan hampir setahun  dan roadtax mati. Saya dapat cuti selama dua bulan dan ayah saya merancang untuk tukar engine dan cat dalam engine supaya nampak lebih kemas dan tersusun. Ayah sedara saya ada cari engine di kedai dan mendapatkan harga yang murah. Kalau nak beli satu engine tu memang agak mahal dan ayah sedara saya minta engine kosong sahaja dan tanpa sebarang wayar dan throtte body. engine B22A harganya dalam 800 sahaja.


Bila dapat dan kami periksa timing belt dalam ada orang dah usik dan ada beberapa barang dah hilang. Nasib baik engine lama masih tersimpan lagi dalam bengkel dan kami hanya ambil barang yang tidak ada dan masuk kan ke engine baru. Engine tengok masih elok dan macam baru pakai tidak sampai setahun. Engine sya nie engine biasa tapi memang kena import jugak dari luar negara tu agak susah untuk dapatkan. Saya ada tengok ayah sedara saya buat timing belt memang ada cara dia tpi saya masih tidak boleh buat sebab macam susah tapi kalau dah selalu buat mungkin biasalah.

Pertama kali kami bukak engine dan semua wiring dan piping dalam kami cabut sebab untuk cat mesti kena buang semua baru cantik untuk cat dalam. Saya dan adik dan sepupu buat semua nak dekat sebulan jugak bila dah cabut semua kena gosok dan basuh supaya tiada minyak yang akan melekat kat body sebab nanti takut cat tidak lekat.